Tuesday, July 29, 2008

KEJOHANAN FUTSAL ANTARA GEREJA KOTA KINABALU

Hello semua....nunu habar tompinai? Osonong2 boh da kio....saya mau cerita hujung minggu ni SIBAC akan menyertai kejohanan futsal antara gereja pada 2 Aug 2008 di Suria Futsal Centre. SIBAC akan diurus oleh Bro Henry Goliong dan antara pemain2nya saya tidak pasti tapi nama saya termasuk juga la...(perasaan)...Pemain2 SIBAC Ronnie Brani, Hezroni, Daien, Onis, Henry, Larry, Kodi...dan juga bro. koboi@john (saja letak nama tu 5 minit geranti minta tukar..hahahahah)

So jom kita pegi tengok sambil2 tu bolehlah menyokong team SIBAC dan bolehlah berkenalan dengan gereja2 sekitar kota kinabalu. Pelawanan pertama kita menentang SIB Indah Permai masa tu kurang pasti tetapi kejohanan ni bermula seawal jam 8.00am.
Oklah jumpa di sana k...jangan lupa bawakan kami makanan ka, air ka anything yang boleh dimakan heheheh...
tq...
Bro Koboi

Tuesday, July 22, 2008

Kemuliaan Tuhan

Shallom semua para pengunjung blog ni...pastinya kami berharap anda diberkati dengan blog ini...


Hari minggu yang lalu (20/07/2008) saya dan sekeluarga agak lambat datang kebaktian di gereja (tidak la terlalu lambat). Setibanya saya di gereja saya melihat masih ada beberapa ruang kerusi yang kosong...saya mengambil keputusan untuk duduk di belakang sebelah kanan. Sambil memperhatikan dan menikmati lagu yang sedang dibawa oleh Sis Charlyn Daring n team saya melihat setiap kerusi yang kosong mulai dipenuhi oleh para muda-mudi yang agak lambat sedikit. Saya sempat melihat beberapa kawan2 lama yang agak lama juga saya tidak jumpa. Saya juga sempat melihat Pst. Jastin B dgn Isterinya berdiri di bahagian depan. Beberapa hari yang lalu Pst. Jastin sempat call saya dan memberitahu tajuk kotbah yang akan dikotbahkan iaitu Kemuliaan Tuhan meninggalkan dan kembali ke baitNya.


Semasa lagu Ini waktu yang Tuhan janjikan saya merasakan sesuatu saya mulai merasakan air mata saya mengalir tetapi saya control la. Semasa Pst. Jastin menyampaikan kotbahnya saya senang dan berkata dalam hati bahkan saya ceritakan kepada isteri saya, kita memerlukan pengkotbah yang seperti ini. Saya perhatikan semua jemaat tekun dan memperhatikan kotbah yang disampaikan. Sekali lagi saya katakan kepada isteri saya lihat semua jemaat mengamati kotbah yang disampaikan. Selama ini semasa kotbah disampaikan ada berapa jemaat bercakap termasuklah saya tetapi saya rasakan pada masa itu semuanya mengamati setiap kata2 pengkotbah (mungkin ada juga yang bercakap2 tetapi sedikit) Praise the Lord.Amen...


Saya mula berfikir kita amat dan memerlukan pengkotbah atau kotbah yang seperti ini...saya juga berpendapat bahawa kita perlu memberikan sesuatu yang menyegarkan jemaat... saya tidak katakan bahawa para pengkotbah kita selama ini tidak peka dengan situasi ini tetapi perlunya ada penambahan di dalam penyampaian Firman Tuhan. (maafkan saya sekiranya ada yang kurang setuju). Dari cara intonasi, sebut dan menarik perhatian jemaat perlu diambil kira...dari segi isi kotbah saya tidak berani pertikaikan kerana itu adalah hikmat yang Tuhan sudah berikan kepada setiap pengkotbah. Cara penekanan juga perlu... inilah yang terlintas difikiran saya pada kebaktian minggu yang lalu.


Buat TPNP teruskan dalam pelayanan...bukan pelayanan yang besar jadi ukuran tetapi kerendahan hati itulah yang akan membawa keberhasilan dalam pelayanan...jangan berfikir untuk membawa pelayanan itu menjadi perfect tetapi fikirkanlah pelayanan itu satu kepercayaan yang diberikan kepada kita....saya selalu katakan dulu2 bahawa apa yang ada pada kita itulah yang kita berikan dalam pelayanan....Ayuh kawan2 semua kita semarakkan lagi pelayanan di gereja kita....
Tuhan terus memberkati kita semua dalam masa2 yang akan datang....sekali lagi maaf sekiranya tulisan ini ada yang tidak menyenangkan hati anda semua....anyway GBU

Thursday, July 17, 2008

MARI..MARI

BARU....SEMINAR PELAJAR IPT

SEMUA PELAJAR (Sekolah, Universiti, Kolej, Politeknik dll) DIJEMPUT DATANG KE
SEMINAR DI ATAS UNTUK MEMPERKAYAKAN PENGETAHUAN MENGENAI CARA BELAJAR, BAGAIMANA MENJADI PELAJAR YANG BERKUALITI UNTUK PASARAN KERJA DAN RAHSIA TRANSASI DARI PELAJAR MENENGAH MENJADI PELAJAR IPT.

SEMINAR UNTUK SEMUA PELAJAR....

19 Julai 2008 (Sabtu)
Yuran RM5.00 shj Seorang

Masa 8am-3pm
Bertempat di Gereja SIB ASIA CITY, Tingkat 4, Kompleks Asia City (bersebelahan Ice Skating)

Monday, July 14, 2008

Kebaktian Kebangunan Rohani 2008

Mari bersama-sama mendoakan KKR ini yang akan di adakan pada oktober
(9-11 oktober 2008).

Dengan ini, Gereja menjemput anda semua untuk menghadiri Kebaktian ini.

Doakan juga Pengkotbah yang akan dijemput.

sesiapa yang mahu terlibat dalam pelayanan, sila bertemu dengan ketua TPnP Cik Julaini Soupi.

Kami memerlukan ramai tenaga untuk melayani.

NAMA TUHAN YESUS TERUS DIMULIAKAN DI TEMPAT INI...

Friday, July 11, 2008

APA YANG TELAH ANDA LAKUKAN !



Beberapa tahun yang silam, seorang pemuda terpelajar dari semarang sedang berpergian naik pesawat ke Jakarta. Disampingnya duduk seorang ibu yang sudah berumur. Si Pemuda menyapa, dan tak lama mereka terlarut dalam obrolan ringan.
" Ibu, ada acara apa pergi ke Jakarta ?" tanya si Pemuda.
"Oh... Saya mau ke Jakarta terus "connecting flight" ke Singapore nengokin anak saya yang ke dua" jawab ibu itu.
" Wouw..... hebat sekali putra ibu" pemuda itu menyahut dan terdiam sejenak.
" Kalau saya tidak salah, anak yang di Singapore tadi , putra yang kedua ya bu?? Bagaimana dengan kakak-adik adik nya??" lanjut si pemuda bertanya.
Oh iya anak yang kedua " si Ibu bercerita :"Anak saya yang ketiga seorang dokter di Malang , yang keempat Kerja di Perkebunan di Lampung, yang kelima menjadi arsitek di Jakarta , yang kelima menjadi kepala cabang bank di Purwokerto, yang ke enam menjadi Dosen di Semarang.""
Pemuda tadi diam, hebat ibu ini, bisa mendidik anak anaknya dengan sangat baik, dari anak kedua sampai ke enam.
" terus bagaimana dengan anak pertama ibu ??"si pemuda penasaran...
Sambil menghela napas panjang, ibu itu menjawab, " anak saya yang pertama menjadi petani di Godean Jogja nak". Dia menggarap sawahnya sendiri yang tidak terlalu lebar nak"
Pemuda itu segera menyahut, "Maaf ya Bu..... kalau ibu agak kecewa dengan anak pertama ibu, adik-adiknya berpendidikan tinggi dan sukses dipekerjaannya, sedang dia menjadi petani "??
Dengan tersenyum ibu itu menjawab, "Ooo ... tidak--tidak begitu nak........Justru saya sangat bangga dengan anak pertama saya itu, karena dialah yang membiayai sekolah semua adik-adiknya dari hasil dia bertani". -millis

Hal terpenting adalah bukan SIAPA ANDA.
Dipetik dari renungan bulan June 08 di kidung.com

Monday, July 7, 2008

MAKAN AMAL SIB ASIA CITY



MAKAN AMAL SIB ASIA CITY

akan diadakan di DEWAN PUTERA
Bukit Padang, Luyang

Pada 28 September 2008.

Tiket Berharga RM100.00

dapatkanya di urusetia Gereja...

Sebarkan kepada kawan/keluarga/sahabat
dan sama-samalah terlibat untuk membantu....

Terima kasih diucapkan kepada anda yang membeli tiket..