Monday, July 23, 2007

Lawatan SIB Bayayat ke SIBAC

hai...pagi ahad SIBAC telah menerima kunjungan dari SIB Bayayat, Kota Belud. ramai jg mereka yang diketuai oleh mantan bendahari SIB Sabah Pst Micheal Banati, walaupun pagi tu saya agak lewat sampai namun saya sempat jg menyertai team yang melayani pagi tu yg di pimpin oleh Pn Charlyn Daring, sangat enjoy dan syok melayani pagi tu, selepas PnP Penatua Brani telah memberi kesaksian bagaimana dia dibawa oleh Tuhan melawat surga. Priase the Lord sungguh luar biasa pekerjaan Tuhan, sepanjang kesaksian tu saya nampak jemaat yang hadir lebih kurang 400 org memberi perhatian yang khusus, saya juga tidak ketinggalan sambil saya merakam kesaksian itu melalui video. Banyak pesan yang Tuhan mahu disampaikan kepada jemaat-jemaat Tuhan yang percaya kepadaNya. Antara lainnya Percaya kepada Tuhan dengan sungguh2. setia memberi persembahan khusus dan persepuluhan. Selepas habis kesaksian dikuti dgn Khotbah oleh Pst Micheal mengenai dengan gergasi2 yg ada dlam kehidupan seorang kristian. Sangat memberkati. ramai jemaat yang tampil kehadapan untuk didoakan. Puji Tuhan kerana pekerjaaanNya utk anak-anak muda. Ayuh teman2 ku kita nyalakan api yang ada pada kita untuk terus melayani Tuhan yang Maha Kuasa. Amen. Jangan lupa terus berdoa kepada Tuhan.

P/s: malam ini ada kejutan untuk Sdri Julaini untuk birthday yg ke....sorry saya lupa yg kberapa.

ACWORSHIPTEAM

No comments: