Shallom semua para pengunjung blog ni...pastinya kami berharap anda diberkati dengan blog ini...
Hari minggu yang lalu (20/07/2008) saya dan sekeluarga agak lambat datang kebaktian di gereja (tidak la terlalu lambat). Setibanya saya di gereja saya melihat masih ada beberapa ruang kerusi yang kosong...saya mengambil keputusan untuk duduk di belakang sebelah kanan. Sambil memperhatikan dan menikmati lagu yang sedang dibawa oleh Sis Charlyn Daring n team saya melihat setiap kerusi yang kosong mulai dipenuhi oleh para muda-mudi yang agak lambat sedikit. Saya sempat melihat beberapa kawan2 lama yang agak lama juga saya tidak jumpa. Saya juga sempat melihat Pst. Jastin B dgn Isterinya berdiri di bahagian depan. Beberapa hari yang lalu Pst. Jastin sempat call saya dan memberitahu tajuk kotbah yang akan dikotbahkan iaitu Kemuliaan Tuhan meninggalkan dan kembali ke baitNya.
Semasa lagu Ini waktu yang Tuhan janjikan saya merasakan sesuatu saya mulai merasakan air mata saya mengalir tetapi saya control la. Semasa Pst. Jastin menyampaikan kotbahnya saya senang dan berkata dalam hati bahkan saya ceritakan kepada isteri saya, kita memerlukan pengkotbah yang seperti ini. Saya perhatikan semua jemaat tekun dan memperhatikan kotbah yang disampaikan. Sekali lagi saya katakan kepada isteri saya lihat semua jemaat mengamati kotbah yang disampaikan. Selama ini semasa kotbah disampaikan ada berapa jemaat bercakap termasuklah saya tetapi saya rasakan pada masa itu semuanya mengamati setiap kata2 pengkotbah (mungkin ada juga yang bercakap2 tetapi sedikit) Praise the Lord.Amen...
Saya mula berfikir kita amat dan memerlukan pengkotbah atau kotbah yang seperti ini...saya juga berpendapat bahawa kita perlu memberikan sesuatu yang menyegarkan jemaat... saya tidak katakan bahawa para pengkotbah kita selama ini tidak peka dengan situasi ini tetapi perlunya ada penambahan di dalam penyampaian Firman Tuhan. (maafkan saya sekiranya ada yang kurang setuju). Dari cara intonasi, sebut dan menarik perhatian jemaat perlu diambil kira...dari segi isi kotbah saya tidak berani pertikaikan kerana itu adalah hikmat yang Tuhan sudah berikan kepada setiap pengkotbah. Cara penekanan juga perlu... inilah yang terlintas difikiran saya pada kebaktian minggu yang lalu.
Buat TPNP teruskan dalam pelayanan...bukan pelayanan yang besar jadi ukuran tetapi kerendahan hati itulah yang akan membawa keberhasilan dalam pelayanan...jangan berfikir untuk membawa pelayanan itu menjadi perfect tetapi fikirkanlah pelayanan itu satu kepercayaan yang diberikan kepada kita....saya selalu katakan dulu2 bahawa apa yang ada pada kita itulah yang kita berikan dalam pelayanan....Ayuh kawan2 semua kita semarakkan lagi pelayanan di gereja kita....
Tuhan terus memberkati kita semua dalam masa2 yang akan datang....sekali lagi maaf sekiranya tulisan ini ada yang tidak menyenangkan hati anda semua....anyway GBU
No comments:
Post a Comment