Lord, We thank you 4 everything You've Done, everything You're Doing and everything You're going to do.. Amen.
Thursday, January 17, 2008
10 GEREJA DIBAKAR DI INDIA
BHUBANESWAR India 26 Dis. � Seorang maut manakala 30 lagi cedera apabila penduduk yang dipercayai beragama Hindu membakar 10 buah gereja di bahagian timur laut India pada malam sambutan Hari Natal, semalam.
Pegawai Polis, Narsingh Bol berkata, perbuatan itu dipercayai didalangi oleh sebuah pertubuhan, Vishwa Hindu Parishad (atau Majlis Hindu Sedunia) yang membakar enam gereja dan empat lagi di negeri Orissa.
Kejadian ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengenakan perintah berkurung di empat buah pekan di wilayah Kandhamal, kira-kira 300 kilometer dari barat daya Bhubaneswar iaitu lokasi kejadian tersebut berlaku.
揝eramai 500 anggota polis dikerah untuk mengawal keadaan di situ,� katanya.
Ketua Menteri Bhubaneswar, Naveen Patnaik menerusi siaran televisyen meminta supaya keamanan dikekalkan berikutan Orissa sekian lama begitu terkenal dengan penduduk yang saling memahami antara satu sama lain walaupun berbeza agama.
Sementara Pemimpin Negeri Majlis Hindu Sedunia, Gouri Prasad Rath memberitahu agensi berita AFP bahawa kuil-kuil Hindu juga diserang oleh pihak tertentu namun polis tidak dapat mengesahkan kenyataan pemimpin itu.
Dipercayai serangan terhadap gereja tersebut dilakukan apabila seorang pemimpin Hindu, Swami Laxmananand Saraswati melancarkan kempen apa yang disifatkan sebagai gerakan menentang penganut Hindu dari kasta rendah yang memeluk agama Kristian.
Ini berikutan sejak sekian lama, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa mengajak komuniti yang sering didiskriminasikan di India terutamanya dari kasta Dalit (Tidak Boleh Di Sentuh) supaya memeluk Kristian.
Di Kandhamal sendiri, majoriti penduduk yang beragama Kristian di situ merupakan Dalit.
Sebelum ini, pada 1999 seorang mubaligh Kristian Khatolik dari Australia, Graham Staine bersama dua anak lelakinya yang berusia lapan dan 10 tahun mati apabila kenderaan jip yang menjadi tempat tidur mereka dibakar oleh seorang lelaki Hindu.
� AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment