Tahun-tahun yang sudah berlalu meninggalkan banyak perkara untuk dilupakan atau dikenang. Secara tidak lebih terasa, saya teringatkan persahabatan antara kita semua. Sebagai sahabat-sahabat yang terdekat dalam pelayanan khususnya, saya rindu untuk menjadikan kenangan itu untuk alasan kenapa perlu kita meneruskan pelayanan ini bersama dalam menggerakkan Gereja.
Memang juga tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara yang tidak manis berlaku yakni perkara yang melukakan hati atau perasaan. Ada juga sahabat-sahabat yang mengambil langkah bertenang dan mengasingkan diri buat seketika. Ada juga yang tersinggung dan tersadung kerana merasa perlakuan yang tidak dapat diterima antara sesama.
Saya rasa kerenggangan hubungan persahabatan ini bukanlah masalah besar, malah ia masalah yang sangat kecil, sekiranya kita mampu mengatasi halangan dalam diri kita. Kita tidak perlu melihat matlamat setinggi gunung untuk merancang aktiviti yang sangat besar untuk merapatkan hubungan persahabatan sesama kita, tetapi cukup ada kesedaran dan inisiatif untuk kembali bersemangat setia kawan.
"Lupakan yang telah lalu dan mengarah pada tujuan", kita sangat bersyukur sebab menjadi antara Gereja besar yang digerakkan oleh kebanyakanya orang-orang muda. Tetapi bukan ini yang kita ingin perlihatkan kepada orang lain, yang perlu kita perlihatkan ialah hasil daripada kerjasama pelayanan kita. Jikalau yang lalu kita mendapati yang dibuat itu gagal, kurang berjaya, kurang memuaskan. Kini kita perlu berusaha lagi untuk memperbaikinya untuk masa akan datang.
Ingatlah bahawa apapun yang telah berlaku dalam diri kita, keluarga kita, kerja kita, pelayanan kita adalah bukan atas kehendak kita semata-mata. Tetapi itu berlaku atas ketentuan Tuhan dan Tuhan sentiasa ada maksud untuk hal-hal yang telah kita lalui itu (Yeremia 29:11) ringkasnya Tuhan tahu yang terbaik untuk kita, Rancanganya untuk kita indah dan bukan kesusahan, iaitu rancangan untuk masa depan yang penuh harapan.
Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini, yang penting dan dihormati ialah apabila kita lemah kita berani bangun kembali (Mazmur 27: 23-24) dan Tuhan maksudkan inilah orang yang berkenan kepadaNYA. Jauhkan sikap yang tidak berkenan di Hati Tuhan dan meminta ampun dari padaNYA, nescaya kita semua akan terus menerima kunjungan Tuhan dalam kehidupan kita.
Teman-teman seperjuangan, kuatkan semangat hancurkan lemah semangat, beranikan diri hindarkan ketakutan, sujud dan menyerah pada Tuhan untuk terus dipakai Tuhan.
Tuhan Memberkati Kita Semua.....
No comments:
Post a Comment