Monday, April 7, 2008

TETAPLAH BERIMAN

Shallom Saudara/i Bloggers yg dikasihi Tuhan.

Melihat keadaan dan suasana persekitaran kita sekarang, kita sering terdengar akan kejadian2 jenayah atau perlakuan jahat manusia yang semakin hari menjadi2. Peperangan, pembunuhan, penculikan, pencabulan dan rusuhan serta banyak lagi kejadian yang amat tidak sedap didengar.

Dimana2 pun ada kejadian jahat, tidak kira d bandaraya kita, daerah, kampung, atau rumah. Bagaimanakah kita menghadapi semua ini? sekiranya ia berlaku kepada kita sendiri, keluarga, atau saudara dan kawan2 kita?.

Setelah hampir 3 bulan belajar tentang Injil ROMA di gereja, saya mendapati bahawa tiada apa yang kita boleh lakukan selain mempertahankan IMAN kita. Saya bersetuju sangat bahawa sesuailah Injil ROMA ini kepada jemaat gereja SIBAC sekarang ini kerana melihat kepada persekitaran kehidupan yang semakin mencabar, menggoda, dan menentang anak2 TUHAN. Dan kita dituntut untuk bertahan dan berIMAN, tetapi sampai bila?

Saya katakan bahawa kejayaan sejati seorang anak Tuhan adalah setelah berjaya mempertahankan IMANnya sehingga kedatangan TUHAN yang Ke2 kalinya. Fikirkan sejenak " kita bertumbuh secara fizikal dan dididik takut dan percaya kepada Tuhan, sehingga kita mencapai kedewasaan, melayani Tuhan dan hidup setia kepada perintah Tuhan, kita nampak segala sesuatu akan menjadi baik, tetapi tiba-tiba kita berhadapan dengan penyakit yang membawa kepada kematian walhal kita belum puas akan hidup ini, kita berdoa dan memohon kepada Tuhan meminta kesembuhan, tetapi usaha doa kita tidak berhasil, tangisan dan kesedihan terus mewarnai diri kita, dan sekelip mata kita beralih daripada Tuhan atau meninggalkan Tuhan yang hanya kerana tidak memberi kesembuhan kepada kita" ketahuilah bahawa sia-sialah IMAN kita selama ini. Orang seperti ini pasti tidak mendapat keselamatan kerana keputusan terakhirnya ialah menghancurkan IMANya kepada Tuhan.

Jangan hanya kerana keputusanmu menhgancurkan IMANmu kerana itu pasti memandu anda kepada kehancuran hidup dan roh. Jangan kerana peristiwa dunia sekarang mengubah pendirian IMANmu, kita bertanya dunia semakin jahat, di mana Tuhan? Jangan hanya kerana kekecewaan kitya mennidakkan IMAN kepada Tuhan.

Tidak ada yang terkecuali daripada berhadapan dengan cabaran IMAN, tidak kira pemimpin, pastor, atau sesiapa sahaja. Tetaplah Berdoa dan dekat kepada Tuhan agar kita diberi perlindungan dan kekuatan mempertahankan IMAN kita. Roma menegaskan, 'IMANmu akan menyelamatkanmu'. Saya secara peribadi menyeru kepada sahabat handai/ jemaat SIBAC, orang2 muda agar terus tekun mempelajari INJIL ROMA ini sebagai perlengkapan dalam berhadapan dengan dunia ini.

Mesej dari ACWT

No comments: