Tuesday, April 22, 2008

Tips Utk Worship Leader

Shallom....
Sebagai seorang worship leader perlu untuk mengetahui objektif dan peringkat2 di dalam Pujian & Penyembahan dalam Kebaktian Minggu atau Ibadah. Supaya kita sebagai Worship Leader dapat membantu para jemaat sama2 dapat merasakan hadirat Tuhan dalam penyembahan.


OBJEKTIF
  • Membawa orang untuk menyembah Tuhan Yesus di dalam Roh dan kebenaran.


PERINGKAT PERTAMA (BERTERIMA KASIH)

  • Bersyukur atas perbuatan Tuhan untuk masa-masa yang lalu (Ini akan membangkitkan Iman seseorang)

PERINGKAT KEDUA (Mengingat kembali siapa Tuhan Yesus Itu)

  • Apabila iman seseorang itu dibangkitkan, dia senang untuk memuji Tuhan atas keberadaannya Tuhan Yesus; Iaitu apa yang DIA dapat lakukan sekarang dan yang akan datang.
  • Ini akan menyentuh Akal Budi, Fikiran dan Emosi seseorang.

PERINGKAT KETIGA (Berinteraksi dengan Tuhan Yesus)

  • Orang yang sudah disiapkan Akal Budi, Fikiran dan Emosi akan digerakkan dalam Rohnya untuk berinteraksi dengan Roh Kudus dalam Penyembahannya secara peribadi.
  • Diperingkat inilah seseorang itu masuk dalam penyembahan iaitu dalam Roh dan Kebenaran.

Untuk itu seorang worship leader itu perlu peka terhadap pemilihan lagu, pekerjaan Roh Kudus dan peka terhadap situasi jemaat semasa memimpin Pujian & Penyembahan. Mendorong jemaat juga harus diawasi dengan kata-kata yang berkesan tetapi tidak membuatkan jemaat tersandung.

Nota: Tips ini diutarakan secara peribadi, mungkin ada kelemahan atau sebaliknya namun ini merupakan satu pandangan peribadi sahaja.

Posted by: Bro Koboi

No comments: