Thursday, May 15, 2008

Just want to Share...

Sekarang ni agak heboh pasal SMS AXIS bernombor 08666...
Anda juga mungkin mendapat SMS ini dan mengirimkan kepada beberapa teman lain.

Yang menghairankan ramai orang Kristen terpengaruh tentang ini. Apa itu AXIS dan kaitanya dengan no. 666
Saya telah membuat tinjauan dan sedikit penyelidikan tentang ini tanpa menitikberatkan pengaruh lain.
Saya mendapati bahawa AXIS adalah sebuah syarikat telekomunikasi yang semakin popular sekarang. Seperti Maxis, Celcom dan sebagainya. AXIS telah membuat promosi besar-besaran sejak kebelakangan ini dan antaranya menelepon beberapa pelangganya untuk mengaktifkan pakage terbarunya..yang kebetulanya ialah telepon Service Centernya ialah bermula 08666...ada no 666 yang dikaitkan dengan tanda antikristus (orang kristen faham ini).

Ada pula berita beberapa orang mati kerana menerima dan menjawab nombor ini dan nombor ini berwarna merah (logik ka no merah keluar di Hp kita?). Ada lagi pula info mengatakan ini hasil kerja pengamal ilmu sihir di Indonesia yang mencuba memakai pelanggan melalui Hp untuk mendapatkan duit dan membunuh mereka selepas itu (orang kristen tidak harus percaya ini...mana Imanmu?).

Saya juga mendapatkan maklumat terbaru bahawa, line telepon celular sekarang mengalami gangguan virus dikenali GELOMBANG MERAH. Sesiapa yang mendapat gelombang ini secara tiba2 semasa sedang bertelepon akan seperti terkena renjatan elektrik. Ini berlaku kerana ketidakseimbangan line akibat gangguan telekomunikasi yang dipercayai berlaku secara 'world wide'. Tapi ini akan berlaku sekali-sekala, macam kilat. Saya tiada komen untuk ini, nasihat saya jangan terlalu bergayut dengan Hp lama-lama.

Pada saya, nyawa manusia adalah di tangan Tuhan dan hanya Tuhan yang berhak mencabut nyawa seseorang. Saya berpendapat ini adalah kerana persaingan syarikat2 telekomunikasi yang sengit sekarang. Jadi, tidak hairanlah kalau ada sesetengah syarikat yang kurang maju cuba memakai taktik kotor untuk menjatuhkan syarikat lain yang menunjukkan kemajuan.

Ada pula info menyatakan bahawa syarikat AXIS ini gerakan antikristus...tengok sahaja : AXIS, kalau diterbalikkan jadi SIXA...adalah 6, a merujuk kepada again = 6 again, 6 again, 6, jadilah 666. Saya tidak menafikan kewujudan chip 666 dan antikristus, tapi kita sebagai orang-orang percaya harus berpegang kepada ajaran ALKITAB.

Janganlah terpengaruh kepada perkara yang tidak berandalkan kepada ALKITAB, kerana inilah yang menjadikan kita TAKUT, LEMAH dan RAGU2. Ingatlah EFESUS 2:8-9, kasih karunia dan Iman kitalah Tuhan menyelamatkan kita. Orang Kristen harus kuat dan teguh, bersemangat dan tidak mudah goyah.

Kalaupun antikristus dengan 666 akan datang, kita sudah bersedia..kerana IMANlah kita dikuatkan.

Tuhan memberkati kita semua...

n'ree

No comments: