Friday, June 27, 2008

SAAT MENUJU PENGGENAPAN DUNIA

“Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ketiga,
aku mendengar makhluk yang ketiga berkata: "Mari!" Dan
aku melihat: sesungguhnya ada seekor kuda hitam dan
orang yang menungganginya memegang sebuah timbangan di
tangannya. Dan aku mendengar seperti ada suara di
tengah-tengah keempat mahluk itu berkata: "Secupak
gandum sedinar, dan tiga cupak jelai sedinar. Tetapi
janganlah rusakkan minyak dan anggur itu."
Wahyu 6:5-6.”

**********

Melihat kejadian-kejadian di awal tahun ini, ataupun
yang terjadi belakangan ini, kita semakin sedar bahwa
akhir Zaman semakin dekat. peperangan, sakit penyakit,
kecelakaan, bencana alam, semakin bertambah
seiring dengan waktu. Bagi kita orang
Kristen, tak perlu takut, karena semuanya telah
tercatat di Alkitab. Allah ingin agar kita tidak perlu
bimbang akan semuanya itu, karena Allah juga berjanji
untuk melindungi anak-anakNya. Percayalah kepadaNya.

Ayat wahyu diatas adalah salah satu
dari bencana yang akan menimpa dunia ini. Timbangan,
adalah lambang dari perdagangan, atau lazimnya biasa
kita sebut dengan: ekonomi. Nah, ini ada teka-teki
alkitab: Apakah yang warnanya hitam, dan menentukan
gejolak ekonomi dunia? Jawabannya adalah: Minyak Bumi,
sering disebut sebagai: emas hitam.

Minyak bumi adalah komoditi utama bagi dunia saat
ini. setiap negara sangat bergantung pada bahan yang tidak dapat diperbaharui ini, paling tidak untuk jangka waktu yang sangat lama. Boleh kah
dibanyangkan kalau Malaysia tidak ada minyak bumi
sama sekali. semua kendaraan bermotor tidak ada
nilainya, semua industri tidak bole beroperasi, semua
jalanan tidak diaspal lagi, bahkan semua rumah
tangga kembali memakai kayu api agar dapurnya bole
berasap.

Ayat selanjutnya tentang gandum, jelai dan dinar.
gandum berbicara tentang makanan pokok, jelai
berbicara tentang lauk-pauk, dan dinar berbicara
tentang upah rata-rata sehari untuk memenuhi keperluan
keluarga. secupak, kira-kira satu liter. jadi dapat
disimpulkan: Segantang beras dan tiga gantang lauk pauk,
harganya menjadi 2 kali itu gaji sehari. Ringkasnya: untuk
membeli keperluan asas seperti makanan sekalipun
tidak mencukupi.

Keseluruhannya: Tuhan akan melepaskan atau
mengizinkan suatu peristiwa, dimana akan terjadi
krisis ekonomi dunia, yang disebabkan oleh melonjaknya
harga minyak bumi, sehingga barang keperluan asas (beras dll)
akan melambung tinggi dan mencekik rakyat seluruh
dunia. Bayangkan jika harga minyak mencapai 170 dollar
us per tong, kemudian minyak diesel/petrol naik menjadi 4.00 seliter. nah, kalau sudah begitu, semua harga
barang akan ikut naik. Hidup akan semakin sukar. untuk
makan saja tidak cukup gaji kita.

Mengapa Tuhan begitu kejam? Salah! Tuhan tidak pernah
berbuat jahat. Dia ingin agar semua orang percaya
kepadaNya. Dia ingin agar semua orang mengerti, bahwa
Dialah satu-satunya Allah yang benar, yang tidak
pernah mengingkari janji. semua allah-allah boleh
menawarkan kebebasan dan kenikmatan dunia ini, tapi
pada akhirnya mereka tidak punya kuasa apa-apa untuk
menyelamatkan umatnya.

Edited by nree

Thursday, June 26, 2008

Hai all'

YOU SAY
GOD SAYS



BIBLE VERSES

You say: "It's impossible"


God says: All things are possible


(Luke 18:27)

You say: "I'm too tired"


God says: I will give you rest


(Matthew 11:28-30)

You say: "Nobody really loves me"


God says: I love you


(John 3:16 & John 3:34 )

You say: "I can't go on"


God says: My grace is sufficient


(II Corinthians 12:9 & Psalm 91:15)

You say: "I can't figure things out"


God says: I will direct your steps


(Proverbs 3:5-6)

You say: "I can't do it"


God says: You can do all things


(Philippians 4:13)

You say: "I'm not able"


God says: I am able


(II Corinthians 9:8)

You say: "It's not worth it"


God says: It will be worth it


(Roman 8:28 )

You say: "I can't forgive myself"


God says: I Forgive you


(I John 1:9 & Romans 8:1)

You say: "I can't manage"


God says: I will supply all your needs


(Philippians 4:19)

You say: "I'm afraid"


God says: I have not given you a spirit of fear


(II Timothy 1:7)

You say: "I'm always worried and frustrated"


God says: Cast all your cares on ME


(I Peter 5:7)

You say: "I'm not smart enough"


God says: I give you wisdom


(I Corinthians 1:30)

You say: "I feel all alone"


God says: I will never leave you or forsake you



(Hebrews 13:5)

PASS THIS ON.
Believe God is there just for you...
YOU NEVER KNOW WHO MAY BE IN NEED !

Monday, June 23, 2008

Menarik untuk Tatapan...

WASHINGTON, Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.


nree

PMM SIB ASIA CITY ...Sepintas lalu

PMM SIBAC sentiasa mengalu-alukan pembabitan atau keterlibatan sesiapa sahaja di kalangan jemaat untuk bersama-sama dalam pelayanan dan persekutuan ini.

PMM ada menyediakan platform untuk memperkembangkan kerohanian dan keperibadian seseorang dan setiap ahli akan terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Oleh kerana lebih 80% ahli Gereja terdiri di kalangan generasi muda, kami percaya generasi ini adalah prospek yang paling berpotensi dan sesuai untuk terlibat dalam PMM.

Perancangan aktiviti sepanjang Tahun yang telah dirancang di awal tahun menjadi panduan untuk PMM terus bergerak dan mencapai matlamat yang disebutkan di atas.

Pada masa ini, PMM dipengerusikan oleh CIK IVY PUR dan ada berberapa teman yang bertindak sebagai s/u, bendahari dan AJK.

Yang pasti PMM masih menanti pemuda-pemudi yang sanggup terlibat secara langsung dalam PMM, pintu PMM terus terbuka untuk anda semua bersama-sama kami untuk melayani
.

Di edisi ke2 nanti saya menceritakan aktiviti2 PMM yang telah dan akan dijalankan pada tahun ini...

Tuesday, June 17, 2008

BERITA TERGEMPAR

PUJI TUHAN ATAS PENYERTAAN DAN PIMPINANYA DALAM BAZAAR GEREJA PADA 21 JUN 2008.

"SEGALA PUJIAN DAN HORMAT DAN KEMULIAANYA HANYA BAGI DIA"

Terima kasih atas kesudian saudara/i menyumbang dan untuk semua jemaat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...Tahniah dan terima kasih...

Tuhan Memberkati..

Istimewa untuk Semua TPNP

Saya amat diberkati dengan pelayanan anda semua. Kegigihan, ketekunan dan kesungguhan anda semua pasti akan mendapat berkat dari Tuhan kita Yesus Kristus. Berkat dalam apa jua bentuk pasti akan menanti saudara semua, tetapi bukan kerana itu(semata-mata hadiah berkat)kita perlu terus melayani, tetapi kerana amanat agungNya. Dan adalah menjadi tanggungjawab kita melaksanakan amanat agung Tuhan.

TPNP semakin bersemangat dan saya secara peribadi terdorong untuk terus membantu.....