Monday, June 23, 2008

PMM SIB ASIA CITY ...Sepintas lalu

PMM SIBAC sentiasa mengalu-alukan pembabitan atau keterlibatan sesiapa sahaja di kalangan jemaat untuk bersama-sama dalam pelayanan dan persekutuan ini.

PMM ada menyediakan platform untuk memperkembangkan kerohanian dan keperibadian seseorang dan setiap ahli akan terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Oleh kerana lebih 80% ahli Gereja terdiri di kalangan generasi muda, kami percaya generasi ini adalah prospek yang paling berpotensi dan sesuai untuk terlibat dalam PMM.

Perancangan aktiviti sepanjang Tahun yang telah dirancang di awal tahun menjadi panduan untuk PMM terus bergerak dan mencapai matlamat yang disebutkan di atas.

Pada masa ini, PMM dipengerusikan oleh CIK IVY PUR dan ada berberapa teman yang bertindak sebagai s/u, bendahari dan AJK.

Yang pasti PMM masih menanti pemuda-pemudi yang sanggup terlibat secara langsung dalam PMM, pintu PMM terus terbuka untuk anda semua bersama-sama kami untuk melayani
.

Di edisi ke2 nanti saya menceritakan aktiviti2 PMM yang telah dan akan dijalankan pada tahun ini...

No comments: