Pada 02 Oktober 2007 yang lalu, Team TPNP & PMM khususnya AJK pelaksana Retret Restorasi Anak (RAM) Muda telah mengadakan DOA & PUASA khusus utk Retret RAM ini. Doa dan Puasa ini adakan untuk berdoa supaya ada lawatan Tuhan dan Roh Allah bekerja semasa Retret RAM ini dan menyatakan isi hatiNYA serta membakar peserta dengan Api Roh agar pelayanan di Gereja kita terus menjadi saluran Urapan Tuhan.
Ternyata semangat anak-anak muda ini telah menyemarakkan lagi persekutuan bersama, DOA & PUASA telah berjaya dilalui dengan Iman oleh setiap kita. Malamnya diadakan persekutuan di Gereja, Tuhan menyatakan melalui beberapa anak muda bahawa telah bermulanya peperangan dengan kuasa jahat.
Dan selang 2 hari selepas itu, Pn. Estah (isteri kepada Henry) telah ditahan di hospital kerana sakit perut yang amat sangat (Pn Estah mengandung 4 bulan lebih). Tapi, puji Tuhan atas doa kawan2 dia keluar 2 hari selepas itu. Pada masa yang sama juga, Pn Maria (isteri kepada Dkn Didimus) telah terjatuh dari kaki lima pagar rumah mereka di kampung. Syukur kepada Tuhan kerana Pn.Maria yg kini mengandung 3 bln lebih tidak apa2. Beberapa hari selepas itu, Pn.Charlyn (Isteri kepada Arnold) telah dimasukkan ke Hospital dan telah menjalani "chemotherapeutic treatment". Puji Tuhan kerana telah diadakan doa khusus untuk Pn.Charlyn dan kita percaya Tuhan telah menyembuhkan dia..AMIN. Dia akan berada di Hospital sehingga 20/10/07 dan kita akan terus mendoakan dia serta keluarga dia. Dalam pada itu iaitu pada minggu yang sama, kakak dan bapa kepada Dkn John telah didoakan melalui kebaktian khas di rumah mereka kerana tidak sihat.
Firman Tuhan dalan Kitab AYUB jelas bagi kita bahawa Tuhan tidak akan membenarkan cabaran yang melebihi kemampuan kita untuk kita hadapi, bahkan semua cabaran yang kita hadapai ini adalah dalam kemampuan kita dan kawalan Tuhan. Ini menguatkan kita semua untuk berhadapan dengan apa saja yang kita hadapi.
Selama Retret RAM berlangsung, kuasa Tuhan yang luarbiasa dinyatakan. Ini membuktikan Tuhan sememangnya memiliki rencana khas untuk kita semua. Malah setiap peribadi telah dipulihkan oleh Tuhan melalui pekerjaanNYA semasa Retret RAM ini. Yang paling menggembirakan ialah semua 42 orang anak2 muda yang menyertai Retret ini telah mengalami sesi pemulihan dan dibakar oleh urapan Tuhan. Dan kami semua telah kembali dengan kekuatan dan semangat baru serta siap untuk membakar orang lain sehingga api itu menyala dan terus menyala agar ramai orang akan diurapi.
Saya secara peribadi, saya mendapati bahawa Tuhan mahu anak-anakNYA di gereja berani menghadapi setiap cabaran, masalah, godaan yang mendatang. Tuhan menyatakan melalui kita semua bahawa Gereja ini akan berkembang dan akan menjadi Gereja yang besar dan dipakai Tuhan dengan luarbiasa. Antara mesej paling besar semasa Retret RAM ialah kita semua perlulah Taat, Setia, Kuat, Gigih berusaha untuk meneruskan pelayanan di Gereja agar kita mencapai apa yang Tuhan telah janjikan itu terjadi.
Saya juga mendapati bahawa setiap anak2 muda memiliki masalah yang tersendiri, memang benar masalah ini akan menghambat kita dari giat dalam pelayanan. Tapi ingat, Tuhan tidak mahu kita diperhambakan oleh masalah kita sehingga masalah yang kita hadapi menghalang kita daripada meneruskan pelayanan di Gereja. Ramai antara kita menjadikan masalah sebagai alasan untuk tidak ke Gereja. Jangan diperhambakan oleh masalah, atasi masalah itu dengan Iman kepada Tuhan. Ada juga antara kita yang menjadikan alasan kurang dorongan menjadikan kita malas ke Gereja. Tuhan adalah pendorong yang luarbiasa, bukan teman mahupun pemimpin. Bawalah bebanmu dan datang kepada Tuhan...
Jadilah Askar yang gigih berlatih untuk pertempuran, jadilah Atlet yang giat berlatih untuk kemenangan, dan jadilah Petani yang cekal untuk mendapatkan hasil tanaman.
" Dulunya, keluarga saya mengalami kehidupan yang amat sederhana. Saya masih bersekolah dan ibubapa menngusahakan ladang padi. Pendapatan RM40 sebulan, hasil jualan sayur, tetapi kami tidak pernah kehabisan beras kerana kami mengusahakan ladang padi yang cukup untuk dimakan. Dengan pendapatan Rm40 sebulan, itu tidak cukup sekiranya digunakan untuk membeli seluar sekolah saya yang berharga Rm29. Maka sa cuma ada sehelai seluar sekolah dan 2 pasang baju sekolah yang sa akan cuci setiap 2 hari, ia mudah kering kerana saya sekolah petang. Dicuci pada petang, dikeringkan sehingga tengahari sebelum ke sekolah. Belanja sekolah (menengah) cuma 50 sen. Sewa bas Rm25 Sebulan. Selalu ibubapa saya berbekalkan nasi putih saja ke ladang. Masa cuti saya gunakan untuk membantu mereka membuang rumput, meracun, membakar dan menuai. Saat yang paling menggembirakan ialah semasa menuai kerana dapat melihat buah padi yang cantik dituai, yang diusahakan selama 6-8 bulan di bawah panas dan hujan. Berkat Doa dan Kegigihan saya, sekarang saya memiliki pekerjaan yang membanggakan ibubapa saya, saya memiliki Ijazah dan pekerjaan. Malah mampu memberikan belanja lebih 20x ganda dari harga seluar sekolah saya dulu kepada ibu sa. Sedih kerana bapa saya tidak sempat melihat kejayaan saya ini."

Ucapan Syukur seorang hamba Tuhan
No comments:
Post a Comment